Sunday, December 23, 2012

Tutorial #4 : Simple Navigation Bar

Assalamualikum , hai guys . Okey tadi ada 2 org tanya macam mana nak buat Manu Tab mcm Miza nie kan ? Act Miza pun baru balajar dari kawan2 yang lain . Jadi di sebabkan Miza adalah sedikit pengetahuan jadi why not kita share kan ? Tak susah just kena bersabar , okey ;)

HOME | CHATING BOX itu yang Miza nak tunjuk macam mana nak buat hari ini . Okey geng :)

1 . Dashboard > Layout > Add A Gadget > HTML/JavaScript
2. Copy code bawah nie dan paste di HTML/JavaScript

WORD
PERKATAAN
PERKATAAN
PERKATAAN

Tutorial #3 : Post Title with Background .

Assalamualikum , Hai . Umm hari nie Miza dapat satu pertanyaan dari Fitriah Ayn . Macam mana nak buat Post Title macam Miza ? Okey tak susah sangat nak buat just kena banyak bersabar . Okey , are you ready geng ?

Simple Template .

1. Dashbord > Design > Edit HTML
2. Cari code ini

h3.post-title, .comments h4 {

3. Than bila dah jumpa code atas nie , paste code yang ini di BAWAH code tadi .

font-family:Courier;
background:url(URL BACKGROUND);
border-bottom: 3px solid #FF9C9C;
border-top: 2px solid #D8D8D8;
padding: 5px;

URL Blog korang boleh cari dekat Google or mana2 .
Tulisan Merah dan Biru tu code warna utk line yang korang nak .

4. Preview dulu and bila dah puas hati SAVE :)

Senangkan ? Okey kalau ada apa2 masalah just ask don't shy :) Okey thank You .

Salam sayang dari blogger ,
Miza Ahmad

Saturday, December 22, 2012

Tutorial #2 Header Transparent ( PhotoScape + PhotoShop)

Assalamualikum kawan-kawan . Hari nie , Miza nak tunjuk cara buat Header yang transparent guna Photoscape , than photoshop . Ini cara asal macam mana Miza buat Header . So kalau nak tahu , setialah pada laptop anda dan baca :)

1 . Photoscape -> Editor -> Menu -> New Photo

#This one , korang kena letak berapa panjang korang nak untuk header korang .Tinggi &  Lebar ikut masing2 :)

#Pilih korang nak tulisan mana  . Edit ikut hatilah kan . Jangan memaksa sangat okey ;)

Next step is at PHOTOSHOP .

1 . Open Photoshop
2. File -> New(atas sekali)

3 Pekara wajib tahu !
#1 . Width (Lebar header korang )
#2 . Height (Tinggi header korang)
#3 . Background Contents (Transparent , or White) .

3 . Klik "OK" selepas berpuas hati :)
4. Nanti akan keluar satu box ikut Background yang korang dah pilih .
5. File -> Open As Smart Object
6. Pilih header yang korang dah siapkan di PhotoScape tadi .

(Tadaaaaa . Okey)

7.After korang tekan butang 'OK' . Than korang klik pada header korang tu (kawasan warna kuning header)Dan korang akan dapat view macam nie :

8. Dah siap tu . Korang 'Heret' that tetingkap yang tertulis "Non as Smart Object-1 ...." tu ke tepi macam nie ,
Okey dapat view ini ? So next step is :

Okey dapat heret tak ? -,- Hehe Keep try if you want succes :) Korang boleh letak header/ tulisan tu dkt atas ke bawah ke ikut suka hati koranglah nnak susun macam mana . Than kalau nak hias2 sikit pun boleh . Ikut hati masing2 okey ;)

Okey than :
9 . File -> Save For Web and Devices -> DONE ! Horry !!!!

Dan hasilnya seperti ini

So what do you think ? Kalau nak tahu apa-apa just comment or terus ke chat box je . InsyAllah , kalau Miza tahu Miza akan ajar dan tunjukkan yer kawan :) . Okey ini jelah tutorial yang tak seberapa tapi harap dapat membantu korang .  Selamat Mencuba :)

Salam sayang dari Tuan Blog ,
Miza Ahmad  :)

Tutorial #1 : Make Header Simple Template Transparent .

See , gambar atas nie Header dy yang tertulis "The Best Of Me" tak transparent . Okey ini tutorial paling basiclah yang kita as a blogger kena tahu . Okey geng , lihat , dan ikut :)

1.Dashbord > Design > Edit HTML
2. Carikan kod /* Mobile
3. Dah jumpa? Pastekan kod ini atas kod " /* Mobile" tadi.

.header-outer, .content-inner { background-color: transparent; }
.main-outer, .tabs-outer { background-color: $(content.background.color);}

Okey done ! Senang kan ? Senang gila . Trylah ya :) Nanti header blog korang akan transparent ;)

Salam satu Blogger , selamat Mencuba
Miza Ahmad .

Friday, April 27, 2012

Kekasih RASULULLAH ♥

Rasulullah pernah ditanya oleh seseorang, “Siapakah orang yang paling engkau cintai?”. Baginda menjawab, “Fatimah”. [(Diriwayatkan oleh Ab-Bukhary, Muslim dan Abu Dawud]. Al-Imam Adz-Zahaby Rahimahullah berkata, “Wanita yang paling dicintai oleh Rasulullah ialah Fatimah, sedangkan dari kaum lelaki ialah Ali”.

Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib Radiallahu anhu, beliau berkata, “ Aku bertanya kepada Rasulullah, "siapakah yang engkau cintai di antara kami, akukah atau Fatimah?’, Baginda menjawab, ‘Fatimah lebih aku cintai daripada engkau, dan engkau lebih aku muliakan daripada Fatimah”.

Fatimah menduduki tempat yang tersendiri di dalam hati Rasulullah, yang tidak dapat ditandingi oleh wanita-wanita lain. Cukuplah kemuliaan baginya seperti yang digambarkan oleh Saidatina Aisyah Radiallahu anha melalui sanad Al-Imam Al-Bukhary, “Aku tidak melihat seorang pun di antara manusia yang lebih mirip dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,dalam perkataannya, dalam ucapannya, dan cara duduknya melainkan Fatimah. Jika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihat Fatimah datang, maka baginda menyambutnya, bangkit menghampirinya lalu memeluknya, memegang tangannya dan mendudukkannya di tempat yang sebelumnya baginda duduki. Jika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang datang, maka Fatimah menyambut, bangkit menghampiri baginda dan memeluknya”.

Gambaran cinta Rasulullah kepada Fatimah turut difahami apabila setiap kegembiraan Fatimah adalah juga kegembiraan baginda, dan setiap kesedihan Fatimah adalah juga kesedihan bagi baginda Nabi. Baginda pernah ‘membaca’ kesalahfahaman di antara puteri baginda dengan suaminya hanya melalui riak wajah Fatimah, lantas mendatangi keduanya untuk memberikan nasihat. Beliau kemudiannya keluar dengan wajah yang berseri-seri dan bersabda “Apakah yangmenghalangiku (dari merasa bahagia)? Aku sudah mendamaikan dua orang yang paling kucintai”.

Sebagaimana Rasulullah senang dengan kegembiraan Fatimah, maka baginda juga marah kerana kemarahan Fatimah. Baginda sangat memperhatikan perasaan puterinya. Dikisahkan bahawa Ali bin Abu Talib Radiallahu anhupernah berkeinginan untuk melamar puteri Abu Jahal dan hal ini menimbulkan kesedihan Fatimah.

Rasulullah kemudiannya bangkit dan bersabda, "Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dari diriku dan aku tidak suka jika ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, puteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak boleh bersatu dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki (suami)” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud].

Perkataan Rasulullah ini membatalkan hasrat Ali untuk melamar puteri Abu Jahal kerana ingin menjaga perasaan Fatimah.Ibnu Abdil-Barr Rahimahumullah menyebutkan keluhuran Fatimah, yang mengisyaratkan keutamaan beliau di sisi Rasulullah dengan berkata, “Jika Rasulullah tiba dari peperangan atau perjalanan jauh, maka yang pertama sekali baginda lakukan ialah memasuki masjid lalu solat dua rakaat, menemui Fatimah dan barulah kemudiannya menemui isteri-isteri baginda yang lain.”

This Post is special for Nurul Fatimah Adha . Your name is so unik :)