Friday, December 20, 2013

Cerita Tentang CFS IIUM :)

Asslamualikum . Lamanya tak update blog . Hehehe , rindu rinduuuuu . Ehhh wait the minute , dah beli belum shawl I ? Hah ! Mai order . Hihi Kalau berminat sila lah order , tiada paksaan . Kembali kepada tajuk . 'Cerita Tentang CFS IIUM' . WOW . Ingat tak macam mana suspen aku sebelum masuk ke pusat Asasi UIA PJ ? Rasa nak pitam , siang malam teringat-ingat macam manalah nak duduk dekat PJ , first pula tu duduk asrama . Macam manalah nak dapat kawan baru ? Ada ke yang nak kawan dengan aku ? Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar . 10 Jun 2013 aku mendaftar menjadi pelajar UIA yang SAH ! Matrik card no : 1307** . Hihi . Sah menjadi pelajar bagi kos Architecture and Build environmental . Oppa !!!!

Hari pertama mendaftar , ramai yang teramat . Penuhlah parking UIA tu , mak ayah , nenek atuk , mak cik pakcik , sepupu sepapat , adik beradik , jiran tetangga , sekampung datang nak hantar seorang pelajar . MasyAllah , tinggi harapan orang kampung ni . Tidak di nafikan paling ramai sekali orang sebelah pantai timurlah . Kelantan dan Terengganu . Ramai , satu bas datang . Dasyat tak dasyat jelah kan .... Bila nampak je sekampung datang berduyun-duyun aku yang jadi panik . Hahaha sebab ? Sebab 'mcm pelajar harapan kampung/taman dia orang je ni' . Hahaha serius , takut . Saingan sengit sangat ni . Aku rasa hanya segelintir je yang 3/4/5 A dalam SPM . Kenapa ???? Sebab setiap kali aku tanya mereka akan jawab "8 A" "9A" "Semua A" . Okey TAHNIAH . Aku berada di antara mereka yang sangat bijak , cerdik pandai . Alhamdulillah , Allah menempatkan aku di antara mereka yang terbaik di antara yang terbaik . 

Minggu orientasi , selama satu minggu . Untuk sesiapa yang baru atau akan masuk ke pusat Asasi UIA PJ , atau Main Campus Gombak ,sepanjang seminggu ni jangan panik . Anda TIDAK akan di BULI LANGSUNG ! Serius aku cakap , ini adalah  Universiti yang tak mengamalkan konsep mengena dan membuli para junior . Hihihi , so relex , tarik nafas lepas . Jadi apa yang korang akan lakukan di minggu Orientasi atau di panggil sebagai Minggu TAARUF(berkenalan) :

-Paling penting pada minggu itu adalah TEST APT dan EPT . What's that ? Haha , test Arabic n English placement test untuk tentukan level/class korang di sem satu . Itulah permulaan bagi semuanya . Dari ujian ni korang akan tahu kelas apa , level berapa , dan MOST IMPORTANT ! Berapa tahun kalian di CFS IIUM . 1 tahun / 1 tahun setengah / 2 tahun . Kalau rasa boleh examted Arabic/English dah boleh dapat satu tahun . Kalau examted dua2 lagi bagus . 

- Kedua , MATRIC CARD . TOLONG ! Pastikan korang peka bila dia orang umumkan tarikh bila korang kena buat matric card . Kalau tak terlepas , padan muka . Hahaha .Alert , jangan sibuk buat hal sendiri sampai tak tahu info yang di sampaikan . 

-Apa lagi ya di minggu Taaruf ? Ummm .... solat berjemaah . Itu pasti , mereka buat untuk memperkenalkan suasaan atau kebiasaan di UIA . Solat Berjemaah , Subuh  Maghrib dan Isyak . Solat berjemaah dia akan tanya siapa nak tawarkan diri untuk jadi imam kalau tak ada sesiapa nak dia akan panggil secara rawak . So , get ready , jangan terkejut jika nama anda di panggi . Baca je surah2 nama yang adik2 ingat . Lepas solat tu adalah aktiviti , macam buat KLCC ke , kerja berkumpulan , kerja bersama rakan sebilik/rakan satu level . Make sure korang dah kenal kawan sebilik , kawan sebelah bilik . Nanti senior2 tu mesti nak tanya fasal pekara2 tu . Tak adalah dia tanya semua , randomlah siapa kena . Haha , good Luck !

Itu je kowt yang penting pada minggu Taaruf . Lain-lain aktiviti adalah , ambil gambar , jalan2 keliling CFS , and maybe akan di adakan ceramah pada malam-malam tertentu . Pada malam terakhir minggu Taaruf , korang kena nyanyi lagu CFS IIUM . Don't worry , nanti senior2 akan ajar . Best lagu dia , tak caye cube dengar dekat YouTube . Hihi , comel sangat ! Nanti part 'Foundation Center of IIUM' mesti bersemangat korang nyanyi , tak percaya ? Tunggu2 detik2 itu . 

Sepanjang satu sem ni , sebenarnya terasa sangat singkat . Macam sekajap sangat . Jalan ke sana , sini eh dah habis . Masuk sem ketiga pula lepas ni . Kalau korang duduk 2 tahun mungkin korang akan rasa bosan tengok bangunan di Pusat Asasi tu yang agak tua , tapi yang membuatkan ianya bercahaya dan menarik dan sukar di lupakan ialah kenangan antara kalian dengan rakan dan pensyarah . Joinlah aktiviti2 yang ada , shoppinglah kalau dia orang buat jualan , join segala macam yang di anjurkan . Sabtu Ahad , keluar pergi pusing Kuala Lumpur . Dan percayalah , korang akan kenang sem pertama korang di UIA utk selamanya .... 

Petaling Jaya lebih dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Gombak . Nanti korang duduk Gombak , rasakan nak jalan kaki keluar dari kawasan u je dah 30 minit . Nak naik train lagi pergi bandar , lama-lama . Bayangkan Gombak ialah perhentian terakhir bagi Putra(train) . Jauhnya Gombak dengan PJ tak terkata , aku pernah dari PJ nak ke Gombak , ya Allah lama nak berdiri dalam train tu . Penat dahlah ramai orang . Memang payah . So nikmatilah kehidupan di bandar selama 1-2 tahun itu . Hihi , best sebenarnya duduk CFS ni , lagi2 hujung minggu boleh hangout ! Yeahhhh .... Hangout hangout juga , solat jangan di lupakan . Okey , sister , brother ? ;) 

Whatever it is , mana pun korang pergi , apa universiti pun korang dapat try your best , give the best . Suasana universiti mostly 98% berbeza dengan sekolah menengah . Di universiti , kena pandai jaga diri , pandai pilih kawan , pandai pilih tempat nak hangout . Jangan tersilap langkah , lagi2 syiah sekarang berleluasa . Becareful you all's and all the best .

Semester 1 . Group EPT 111 , Group APT 101 . Room 330 Mahallah Khadijah level 3 . Economi 204 . I will miss you so much ^_^ ..........