Friday, December 20, 2013

Cerita Tentang CFS IIUM :)

Asslamualikum . Lamanya tak update blog . Hehehe , rindu rinduuuuu . Ehhh wait the minute , dah beli belum shawl I ? Hah ! Mai order . Hihi Kalau berminat sila lah order , tiada paksaan . Kembali kepada tajuk . 'Cerita Tentang CFS IIUM' . WOW . Ingat tak macam mana suspen aku sebelum masuk ke pusat Asasi UIA PJ ? Rasa nak pitam , siang malam teringat-ingat macam manalah nak duduk dekat PJ , first pula tu duduk asrama . Macam manalah nak dapat kawan baru ? Ada ke yang nak kawan dengan aku ? Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar . 10 Jun 2013 aku mendaftar menjadi pelajar UIA yang SAH ! Matrik card no : 1307** . Hihi . Sah menjadi pelajar bagi kos Architecture and Build environmental . Oppa !!!!

Hari pertama mendaftar , ramai yang teramat . Penuhlah parking UIA tu , mak ayah , nenek atuk , mak cik pakcik , sepupu sepapat , adik beradik , jiran tetangga , sekampung datang nak hantar seorang pelajar . MasyAllah , tinggi harapan orang kampung ni . Tidak di nafikan paling ramai sekali orang sebelah pantai timurlah . Kelantan dan Terengganu . Ramai , satu bas datang . Dasyat tak dasyat jelah kan .... Bila nampak je sekampung datang berduyun-duyun aku yang jadi panik . Hahaha sebab ? Sebab 'mcm pelajar harapan kampung/taman dia orang je ni' . Hahaha serius , takut . Saingan sengit sangat ni . Aku rasa hanya segelintir je yang 3/4/5 A dalam SPM . Kenapa ???? Sebab setiap kali aku tanya mereka akan jawab "8 A" "9A" "Semua A" . Okey TAHNIAH . Aku berada di antara mereka yang sangat bijak , cerdik pandai . Alhamdulillah , Allah menempatkan aku di antara mereka yang terbaik di antara yang terbaik . 

Minggu orientasi , selama satu minggu . Untuk sesiapa yang baru atau akan masuk ke pusat Asasi UIA PJ , atau Main Campus Gombak ,sepanjang seminggu ni jangan panik . Anda TIDAK akan di BULI LANGSUNG ! Serius aku cakap , ini adalah  Universiti yang tak mengamalkan konsep mengena dan membuli para junior . Hihihi , so relex , tarik nafas lepas . Jadi apa yang korang akan lakukan di minggu Orientasi atau di panggil sebagai Minggu TAARUF(berkenalan) :

-Paling penting pada minggu itu adalah TEST APT dan EPT . What's that ? Haha , test Arabic n English placement test untuk tentukan level/class korang di sem satu . Itulah permulaan bagi semuanya . Dari ujian ni korang akan tahu kelas apa , level berapa , dan MOST IMPORTANT ! Berapa tahun kalian di CFS IIUM . 1 tahun / 1 tahun setengah / 2 tahun . Kalau rasa boleh examted Arabic/English dah boleh dapat satu tahun . Kalau examted dua2 lagi bagus . 

- Kedua , MATRIC CARD . TOLONG ! Pastikan korang peka bila dia orang umumkan tarikh bila korang kena buat matric card . Kalau tak terlepas , padan muka . Hahaha .Alert , jangan sibuk buat hal sendiri sampai tak tahu info yang di sampaikan . 

-Apa lagi ya di minggu Taaruf ? Ummm .... solat berjemaah . Itu pasti , mereka buat untuk memperkenalkan suasaan atau kebiasaan di UIA . Solat Berjemaah , Subuh  Maghrib dan Isyak . Solat berjemaah dia akan tanya siapa nak tawarkan diri untuk jadi imam kalau tak ada sesiapa nak dia akan panggil secara rawak . So , get ready , jangan terkejut jika nama anda di panggi . Baca je surah2 nama yang adik2 ingat . Lepas solat tu adalah aktiviti , macam buat KLCC ke , kerja berkumpulan , kerja bersama rakan sebilik/rakan satu level . Make sure korang dah kenal kawan sebilik , kawan sebelah bilik . Nanti senior2 tu mesti nak tanya fasal pekara2 tu . Tak adalah dia tanya semua , randomlah siapa kena . Haha , good Luck !

Itu je kowt yang penting pada minggu Taaruf . Lain-lain aktiviti adalah , ambil gambar , jalan2 keliling CFS , and maybe akan di adakan ceramah pada malam-malam tertentu . Pada malam terakhir minggu Taaruf , korang kena nyanyi lagu CFS IIUM . Don't worry , nanti senior2 akan ajar . Best lagu dia , tak caye cube dengar dekat YouTube . Hihi , comel sangat ! Nanti part 'Foundation Center of IIUM' mesti bersemangat korang nyanyi , tak percaya ? Tunggu2 detik2 itu . 

Sepanjang satu sem ni , sebenarnya terasa sangat singkat . Macam sekajap sangat . Jalan ke sana , sini eh dah habis . Masuk sem ketiga pula lepas ni . Kalau korang duduk 2 tahun mungkin korang akan rasa bosan tengok bangunan di Pusat Asasi tu yang agak tua , tapi yang membuatkan ianya bercahaya dan menarik dan sukar di lupakan ialah kenangan antara kalian dengan rakan dan pensyarah . Joinlah aktiviti2 yang ada , shoppinglah kalau dia orang buat jualan , join segala macam yang di anjurkan . Sabtu Ahad , keluar pergi pusing Kuala Lumpur . Dan percayalah , korang akan kenang sem pertama korang di UIA utk selamanya .... 

Petaling Jaya lebih dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Gombak . Nanti korang duduk Gombak , rasakan nak jalan kaki keluar dari kawasan u je dah 30 minit . Nak naik train lagi pergi bandar , lama-lama . Bayangkan Gombak ialah perhentian terakhir bagi Putra(train) . Jauhnya Gombak dengan PJ tak terkata , aku pernah dari PJ nak ke Gombak , ya Allah lama nak berdiri dalam train tu . Penat dahlah ramai orang . Memang payah . So nikmatilah kehidupan di bandar selama 1-2 tahun itu . Hihi , best sebenarnya duduk CFS ni , lagi2 hujung minggu boleh hangout ! Yeahhhh .... Hangout hangout juga , solat jangan di lupakan . Okey , sister , brother ? ;) 

Whatever it is , mana pun korang pergi , apa universiti pun korang dapat try your best , give the best . Suasana universiti mostly 98% berbeza dengan sekolah menengah . Di universiti , kena pandai jaga diri , pandai pilih kawan , pandai pilih tempat nak hangout . Jangan tersilap langkah , lagi2 syiah sekarang berleluasa . Becareful you all's and all the best .

Semester 1 . Group EPT 111 , Group APT 101 . Room 330 Mahallah Khadijah level 3 . Economi 204 . I will miss you so much ^_^ ..........












Sunday, March 17, 2013

Tutorial#6 : Header Like Me Versi 1



Header yang simple , transparent . Macam mana nak buat ? Jom Miza ajar kan ya :)

1. Buka Photoshop (Tak kisah versi berapa pun) 

2. File --> New (Lihat Gambar A)

(Gambar A)

3 . Nanti akan keluar satu tetingkap mcm (gambar B)

(Gambar B) Korang letak lah berapa TINGGI dan LEBAR header yang korang nak ya :) DAN pastikan TRANSPARENT !

4 . Nanti keluarlah sesuatu macam gambar C . Seterusnya pilih tulisan yang korang suka . Edit lah ikut suka hati korang ye :)



5. Seterusnya , kalau korang nak letak doodle or gambar ke ? Klik File --> Open As Smart Object .(Pilih gambar yang korang nak )

(Gambar D)

6. Keluar gambar macam nie . Hehe comel kankankan ??? Untuk transparentkan gambar ini ikut langkah ini . Klik pada bulatan kuning seperti gambar atas (Gambar D). Than pilih Magic Eraser Tool (Right Click ye)

So than click pada gambar kucing tu . Dan hasilnya akan jadi macam Gambar E 

(Gambar E)

7. Drag/Seret gambar kucing nie pada header tadi . Susun lah macam mana yang korang mahukan . Dan ia akan jadi seperti gambar F .

Gambar F

8 . Last sekali . Untuk save . File --> Save for Web & Decives . 
DONEEEEE . Alhamdulillah .

Tuesday, January 29, 2013

I will Remember it Most .


I miss my school , i miss my friends , I miss my teacher , I miss my unifom , I miss my homework , I miss my great enemy , I miss everything that I do in Akses . 

I will Remember It Most :

  • Kawan-kawan yang saya sayangi . Yang ada dalam susah da senang .
  • Guru yang setia mengajar sehingga ke titisan terakhir . 
  • Guru besar yang sangat bersemangat "Cemerlang , Gemilang dan TERRRBilang"
  • Kelas sains waktu lepas rehat . 
  • Kelas agama sambil bertukar-tukar pendapat . Saya sayang Ustazah
  • Masa berborak2 dalam kelas dgn Balqis , Cyda , Mas , Ekin , Aini , Nadia .
  • Masa bergaduh dengan Pavi .
  • Buat muka bodoh bila budak lelaki ejek aku -,- 
  • Jaga pagar besar waktu pagi sambil cuci mata tengok adik2 yg comel .
  • Menjerit suruh bdk2 turun dari motor 
  • Tuliskan nama utk bdk2 degil .
  • Jaga kelas form 5 !
  • Nyanyi lagu Sekolah dengan bersemangat  !
  • Dengar bebelan dan keluhan cikgu BI 
  • Tengok cikgu Andi rotan bdk2 yang 'degil'
  • HOMEWORK Add Math of cos 
  • Nyanyi syok sendiri sambil naik tangga . 
  • Buat Mas melatah sambil gelak besar (Tak Malu ek?)
  •  Usha buah hati ku si Fakhri Fazil . Haha
  •  
 I will miss all of this , maybe ada lagi tapi ini je lah yang terbayang di fikiran aku . I miss you guys so much . I miss my memory , I can't forget the feel stand at field under sunlight , it's so hot ! But damn I Miss that momment , like seriusly ! Masa terlalu pantas sampai aku tak sedar yang aku dah habis sekolah . Aku patut mohon UPU sekarang . Wish me luck , i will mis you all the time . And after this i will lost my Mr H and Mr B . Friends in  short time , but still  can make me smile and happy all the time I'm with them . I Love you guys . Thank to be apart of my memory , kawan . 
 

Sunday, January 6, 2013

Freebiees : Header (Enchanted Memory)

Hey , guys . Okey ini adalah header yang pernah Miza buat dan hasilkan . Enchanted Memory , the best header I ever do . So kalau korang nak tengok tengoklah , kalau nak ubah suai sikit , ikut rasa lah . Tapi jangan lupa bagitahu Miza ye . Takut nanti ada salah faham pulak :) hehe . I hope you like it .





The best Freebiees just for you , my follower and friends :)

Saturday, January 5, 2013

Tutorial #5 : Link with Rainbow Colour


Okey , ini tutorial ke-5 . Harap korang happy ye :) Tutorial ini di minta oleh Shah Fira . Harap jalan kerja nie tak lah susah sangat . Okey Link with Rainbow colour maksud nya bila kita click pada Link contohnya Title Post nie , so dia nanti akan ada banyak warna . Huh , susah untuk di jelaskan , ikut je lah cara Miza okey :)

1 . Dashboard > Design > Add Gadget > Html/Javascript


2 . Copy Code ini :



<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">
/***********************************************
* Script edited by Miza at http://fwzynn.blogspot.com/
* Please keep this notice intact
***********************************************/
</script>

3 . Save !

Kredit to Hannah Yati  :) Thank You .

Freebiees : Background Random


Freebiees untuk semua follower Miza :) . Nie background yang Miza pernah gunakan dulu-dulu kala .Kalau suka sila lah ambil jangan malu ya . Kalau dah ambil bagitahu ya :) Sayang korang .

#1

#2

#3

#4

#5