Friday, May 16, 2014

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFSIIUM)




Assalamualikum , 1 , 2, 3, 4 tak jawab dosa ! Hahaha . Ya Allah lama tersangatnyalah aku tak post apa-apa . Well busy busy busy ... Hihi OVER ! Kalau nak beli shawl cepat whatsapp I okey ;) BTW jangan lupa Like FanPage Arsy Malikah Hijab (Tudung Blogshop) dekat Facebook . 

Okey , hari ini tak nak jual tudung . Hari ini aku nak cerita pasal UIA . Atau pun Pusat Asasi UIA . Ada sesiapa dapat UIA ? First intake bulan enam inikan ? Angkat tangan . Apa reaksi korang dapat tawaran belajar dekat UIA ? Senyum ? Menangis ? Mengeleng ? Menjerit ? Hah , aku rasa yang yang TERNGANGGA . Kenapa ? Sebab dulu aku pun macam tu . Ish .. ish .... Dapat UIA bukanlah satu bencana tapi satu pekara terindah . Wah ayat tak boleh blr . Wait ! Mesti tak percaya aku ni student UIA kan ? Yalah budak UIA diam , control ayu , alim , tuduk je bila nampak lelaki . Aku ni ? Macam tak layak je ? Hey hello korang ingat semua yang masuk UIA tu tak ada perasan ke ? Even tudung labuh tapi diaorang rock . Happening dari student U lain . 

Apa-apa pun Tahniah buat sesiapa yang dapat twaran ke UIA . Terima sahajalah . Jangan bersedih jangan berduka . Tak cuba tak tahu . UIA pun okey apa , duduk sebelah UM , means samalah taraf dengan UM . Hahaha , fact Pelajar UIA dan pelajar UM berkongsi Bas metro kalau nak pergi Mid Valley tahu ? Hahaha . 

Kenapa korang dapat UIA ? 
- Sebab korang yang apply dekat borang UPU . Siapa suruh hahah
-Sebab orang dekat UIA mengatakan anda layak untuk berada dalam kos tersebut . 
-Sebab Allah Mengetahui segalanya . Pekara yang telah dan akan berlaku . Pasti ada hikmahnya .
-Sebab KITA layak . 

Apa boleh orang tak bertudung/tudung pendek masuk UIA ?
-Boleh sangat ! Ini adalah satu permulaan kalau korang nak berubah . Allah dah buka seluas jalan untuk korang berjihad pada diri sendiri . Kalau dulu korang rasa tak ada siapa nak dorong , nak tolong dan nak bagitahu apa yang patut korang lakukan sekarang jangan risau . Ramai sister and brother dekat UIA yang akan tolong korang , tolong tarbiyah korang . 

Apa yang best dekat Pusat Asasi UIA ?
Jujur ku katakan tak banyak yang best dari segi luaran bangunan di UIA . Korang tengok pun rasa nak balik . Fine itu aku mengaku . Tapi yang bestnya bila korang dah masuk dalam komuniti ni korang akan rasa duduk bersama orang yang betul even tak semua betul . Hahaha . Kena cuba dulu baru tahu best atau tak . Tapi serius best duduk dekat UIA PJ , macam2 ada . Boleh pergi jalan hujung minggu . Haha . 

Tak pandai Bahasa Arab / Bahasa Inggeris ?
Korang ingat aku pandai sangat ke dua bahasa ni ? Haha , lagi2 bahasa arab . Dulu aku pun takut nak belajar bahasa arab , tapi bila lama2 belajar aku rasa aku suka bahasa arab . Sebab bila kita baca Al-Quran bila kita jumpa satu perkataan yang kita tahu kita akan jadi happy tahu tak ? Hahaha eh aku dah belajar ni . Best bila faham bahasa arab ni sebenarnya walaupun ia  agak memeningkan kepala . Tapi tak rugi belajar bahasa Al-Quran kitab suci umat Islam . 

Apa yang paling glamor dekat UIA PJ ?
- Pak guardnya yang agak garang2 . Haha , ini cerita benar . Aku selalu naik teksi kalau hujan dari mid valley balik ke hostel . Kebanyakan pakcik teksi tu kenal dan faham sangat dengan Pak Guard UIA . Haha dia org kata 'Garang betul' . Jangan terkejut , sebab pak guard kita memang paling garang dalam kawasan PJ . Semua orang kenal .
-Dengan cerita asrama berhantu . Hahaha , kalau korang ni penakut jangan amik portlah time org lain cerita fasal hantu . Arasoh ? 

Apa lagi ek ? Aku rasa itu sahajalah kot . Nanti kalau ada soalan comment di bawah hihihi . Selamat datang kepada bakal2 junior ku . Perangai biar molek2 okey ;) In sya Allah panjang umur kita jumpa di PJ . Hahaha Assalamualikum .