Tuesday, February 5, 2019

The beauty of Johor : MERSING


Itinerary
Day 1
8.00 pagi -bergerak dari Melaka. Kami menggunakan Highway Utara Selatan (Plus).
8.45 pagi -berhenti sarapan di RnR Pagoh.
9.30 pagi- teruskan perjalanan. Kami masuk di simpang Ayer Hitam. Caj tol sebanyak RM 16 +-
12.30- Tiba di pekan Mersing 💪. Sampai awal xboleh masuk homestay lagi, jadi kami lepak di Jeti Mersing. Dekat Jeti Mersing, bukan semata2 Jeti but actually ada juga Gerai Makan, Hotel (Seri Malaysia), port bergambar. Kami singgah utk makan Cendol and Abc and of cos utk bergambar. Hoho, it's really nice view dekat situ. Angin pun kuat, best recommended utk korg dtg melawat.


2.30 ptg - check in homestay. Kami menginap di Homestay Arif. So sesiapa yang nak rasa suasana kampung -village gitu boleh sewa sini. Dekat sebelah homestay tu ada lembu, kambing, kamving biri2. Haiwan ternakan jiran homestay tu. Seronok sgt, all greenery and blue of sky buat rasa tenang je. Angin pun kuat because dekat dengan laut. Check it out okey - Homestay Arif rate RM 250 satu malam. Boleh muat 6-8 people.



4.30 ptg - Pantai Air Papan. Really famous spot dekat mersing. Pantai dia so lawa ! Few chalet yang ada korang boleh sewa kalau memang nak mood tepi pantai. Plus pantai ni pun good spot utk bergambar 📷. Check it out gambar sis dekat bawah ni.



6.00 ptg- Bergerak ke Tanjung Penyabung.  Tak jauh dari Pantai Air Papan about 20 minit je. So, buat apa je dekat situ? Haaa ni part best, tempat makan best dekat Mersing, ada dekat Tanjung Penyabung (sesuai untuk minum petang.) This one gerai, jual Ketam Goreng ! Udang Goreng ! Pisang Goreng, Keropok Lekor, Ikan Goreng. Kami order Ketam Goreng 3 (sebab dh habis dpt 3 ja), Ikan Kembong Goreng Freshhh 5 ekor besarbesar wehh, dgn Udang goreng 6 cucuk (1 cucuk ada 6 ekor) total RM 26 sahaja !. Mana nak dpt makan ketam dgn udang 26 ja? Murah murah murah. Berbaloi makan. Recommended !


8.00 mlm - Dinner di Osore Cafe. Western, Burger and masakan panas. Ala2 kedai hipster. Awalnya nak ke Drum Cafe tapi tutup xde rezeki lah. Maybe next time.

9.00 mlm - balik homestay sebab nak tengok Ajl 33 😅

Day 2

8.00 pagi - Sarapan nasi dagang. Kami beli dkt depan Pasaraya Kini, ada makcik buka payung jual Nasi dagang. Sedap ! Suggested by our friend yg tinggal dekat area Mersing.

9.00 pagi bergerak ke Gunung Arong. Nak hiking ke puncak Gunung Arong ambil masa dalam 45min -1 jam. Ikut tahap kelajuan korg, hehehe. Trek dy xsusah pun, mudah n sesuai utk yg bawak anak dalm umur 7 tahun ke atas. The view from the top is amazing cantik sgt, menghadap laut china selatan.

12 tgh hri- Singgah minum dekat Air Papan. Makan2 cendol (again) ais jagung and abc. Macam2 makanan bergoreng and nasi campur pun ada. Boleh try lepak2 kat Pantai Air Papan k?


4.30 ptg- ktorg gerak ke Pantai Rekreasi Gunung Arong utk mandi manda. Haa kenapa xmandi kat air papan je? Sebab ramai org ! Hahaha, Pantai Gunung Arong a little bit privacy and xramai org. Tapi kekurangan dy, xde toilet dekat2 situ. So kena bawa air mandi sendiri n pandai2 nk sorok tukar2 baju. Hoho


Dinner - Kami makan di Brother Joe Ikan Bakar.

Day 3 - Pagi kami breakfast, then pergi beli keropok lekor dekat Keropok Mak Teh and at 12 kami check out.

Tempat Makan Best Mersing
1. For breakfast, Nasi Dagang depan Pasaraya Kini.
2.Tapi kalau tak nak Nasi dagang nak lain2, korg boleh cari gerai dekat area2 Dataran Kembara, (along the road pantai mersing). Area situ banyak sangat gerai utk breakfast, pilih je mana2.
3. Brother Joe Ikan Bakar
4. Ketam Goreng Tanjung Penyabong
5. Cafe Drum Mersing (cafe hipster)
6. Cafe Osore Mersing (cafe hipster)
7. Gerai Hentian Bendang /  Restaurant Selera Kampung
8. Keropok Makteh (keropok lekor dy power)
9. Roti Arab tanjung genting.

Aktiviti & Tampat Menarik di Mersing

1. Pantai Air Papan
2. Jeti Mersing
3. Sawah Padi (before sampai Pantai Air Papan, ada sawah padi. Waktu sun rise n sun set paling cantik especially utk bergambar)
4. Gunung Arong (recommended sgt)
5. Pantai Rekrasi Gunung Arong
6. Nak mencabar sikit, ambil Ferry ke Pulau Sibu or others island berdekatan Mersing.
7. Pantai Tanjong Resang









-The End- 
Thank You
Assalamualikum 

No comments:

Post a Comment